5 Jun 2012

Entri Bergambar Di Tengah Malam ..


Okey memang sah- sah akan tidur dalam kelas esok pagi, jam dah menunjukan 1.30 pagi, saya masih belum tido.. urgggghhh.. mata panda lah esok nie.Bukan apa masih terbayang2 lagi percutian dengan kawan- kawan baru - baru nie, di tambah lagi baru baik dari demam.. mata nie terus terbiasa berjaga sampai pagi.... Efect dia esok pagi sah-sah saya bangun lambat... ESOK KELAS .... 

Berbalik pada cerita ... Owh bertapa rindu nya tuk berada di samping kawan - kawan, walaupun cuma 4 hari 3 malam, tapi dengan percutian tu juga lah menimbulkan sejuta memori persahabatan, subahallah indahnya dunia persahabatan... sepanjang perjalanan di isi dengan pelbagai cerita nya tersendiri, sehingga terlupa tentang masa yang berdetik... segalanya - galanya tercipta, yang bergaduh berbaik semula, yang bercinta bertambah erat, yang dengki mendengiki berbaik semula, dan yang tak disangka saya dengan orang tu pun dah mula bertegur semula.. bertapa kuat nya kuasa persahabatan.... Di harap moga ukuhwah sedia ada akan bertambah erat ... 

Jom layan gambar-gambar di bawah... semua nya dari Fb kawan-kawan, sebab saya langsung takde ambil gambar a.k.a pemalas... hihihi... lagipun saya tak suka bergambar lah.(di dalam gambar di bawah nie pun takde muka saya ) hihikk..


Tanjung Simpang Mengayau

Kebun Kupu- Kupu Di Kolam Air Panas Ranau

Di Rumah Terbalik

Maranjak Longhouse Lodge Kudat
( Rumah Panjang Kaum Rungus )

Them ... I miss u all .. 

Rumah Terbalik



13 Nov 2011

Surat Untuk Mu





Kepada Dia Yang Ku Cintai         

             Sejak berkenalan dengan mu sehingga kini terdapat banyak kata-kata
yang ingin ku lepaskan.

Namun,
            Aku tidak dapat mencari titik permulaanya. Perasanku, diharap dapat
terus sampai kepadamu melalui hembusan angin ini...


  • Jiwa mu sering tidak tentu arah,kadang kala cerah, lemah lembut, kadang kala kacau dan sedih. Sehingga akhirnya kembali ke segala asalnya. Setiap satu persatu ekspresi mu itu , sekali gus membuatkan diriku semakin jatuh cinta padamu.
  • Aku sering kali meneka hatimu untuk ku ketahui, adakah kau lebih mencintai diriku hari ini berbanding semalam.
  • Pada saat aku melayani persoalan bahawa diriku ini tidak secocok denganmu, kau hadir lalu berkata bahawa kau sukakan diriku
   
       Harap-harap kau berada di salah satu sudut di dunia ini .... Menerima perasaan aku seadanya yang berterbangan di langit...


                                                                              Dari Diriku Yang Mencintaimu